samedi 3 décembre 2016

my busyuk

video

tikus besar dalam almari

Budak ni aktif ya amat, sian maknya yang tua ni hahaha penat ngekor, tapi pada masa yang sama happy tak terucap.. imani sangat menghiburkan hati dengan keletah tu semua...

Besok, anak kami genap 8 bulan... yea....

jeudi 24 novembre 2016

7 bulan 2 minggu lebih




Banyak hari dah pakai, masa baru dapat, aku pakaikan, imani tanggalkan, so aku pakaikan balik, dia tanggalkan, so itu ajelah kerja kami hari pertama tu, pakai tanggal pakai, last imani putus asa kot hahaha dia tahu, dia tanggalkan helmet tu, mama pakaikan balik, so hari ni dah terima kenyataan gitu, tak usik dah nak tanggalkan helmet tu, apatah lagi ada hari tu dia pergi berdiri, siap cam nak senggayut kat tombol laci kat dapur, jatuh ke belakang, nasib baik ada helmet tu, so tiada dentuman kepala.. so tidaklah menangis sebab tak sakitkan..

so kesimpulan, mom know better, sila ikut cakap mak, untuk kebaikkan diri sendiri juga...

mardi 22 novembre 2016

bundle....

Kerana bundle dah asyik berdiri kemudian lupa dirilah pula, lepaskan dedua tangan, aku cam histeria sangat, ialah terutama suka sangat pergi dapur, berdiri bergayut kat laci kabinet, kami ni mana tau kemudian ada anakkan, so rumah sangat tak child proof nak nak kat dapur tu semua seramik, so jadi mak ni, kenakan bayang lebih dari sepatutnya, cam orang mungkin nampak hanya seramik, aku nampak ianya seramik yang boleh buat anak menangis, so gitulah kenapa gambar ni imani pakai safety helmet.

Dan imani pula, adakah suka pakai, well raut muka dia dah ceritakan segalanya hahaha sangat tak happy, tapi berbuih aku pesan, jangan tanggalkan, so kalau dah berbuih mulut, banyak kali aku pesankan, so katanya baby kena ulang dan ulang, so gitulah, so kemudian memang dia tak berani nak tanggalkan dah... atleast sekarang aku senang hati pikir kuranglah sakit kepala tu kalau terlentang ke apa...

lundi 14 novembre 2016

child seat

Kalau sapa ikuti blog aku, mesti baca part dilemma nak pilih stroller, so dilemma kembali semula, bukan stroller tapi child seat, kerana imani dah 8 kilo, tambah ianya winter, dengan jacket tu semua, tersepit budak tu dalam child seat baby ni, sempit ya amat dah... so nak tak nak, kenalah survey untuk beli child seat stage 2 ni, kalau sekarang summer, ada peluang lagi tunggu sampai 12 bulan kot.. ini baru 7 bulan kan...

Banyak betul child seat, tak tahu camana nak pilih, nak beli yang murah ke, yang mahal ke, yang camni ke, yang camtu ke, color apa, brand apa.. pening aku, B awal awal dah kata aku boleh pilih ikut suka hati aku. 

Seminggu juga aku duk belek itu ini, baca itu ini, cari yang terbaik kaedahnya, ialah kena cari yang terbaik sebab aku pertaruhkan nyawa imani dengan benda alah tu kan... bukan nak kata yang murah tak bagus, tapi ada sebab kenapa ianya murahkan.... 

Akhirnya, berjaya juga aku memilih, mula ingat nak order online, tapi alang alang boleh pergi beli sendiri, so pergi ajelah kedai, nasib baik tak ramai orang, so tabah salesgirl layan kerenah aku jawab soalan itu ini...